Papan tanda Taman reakreasi empangan klang gate
Sungai ni orang sini panggil Dem. Sebab kat atas ni empangan klang gate. Budak-budak suka lah mandi sini, bohsia, bohjan, mat rempit, orang ponteng puasa jangan cakap lah. Yang betul-betul nak mandi pun ramai juga. Antaranya yang baru lepas turun bukit tabur, lepas penat, berpeluh mesti ada yang nak mandi. Segar balik badan.
Kalau musim hujan seronoklah mandi, kalau musim panas air dia kurang sikit dan berbau seakan-akan hanyir. Lagipun kawasan sekitar tak bersih sangat. Seolah-olah tak berjaga. Sesekali ada lah orang luar dengan kerjasama penduduk taman melawati gotong royong bersihkan tempat ni. Kalau tidak memang kotor.
Yang misteri sikit tentang tempat ni,
datanglah senja-senja , malam ( kalau berani ) atau masa tak ada orang mandi. Bawa kamera, ambil gambar gambar sebanyak mungkin dari sudut-sudut berbeza. Lepas tu tengok balik gambar-gambar tu. Kalau bernasib baik anda akan nampak sesuatu yang pelik.
Makhluk Allah tu memang dah lama tinggal dikawasan ni. Setakat yang aku tahu, Tak pernah lagi ganggu orang.
Tuesday, September 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment