"SALAM SELAMAT DATANG"

Saturday, September 26, 2009

PETUA MENGUBATI RAMBUT GUGUR / KEPALA BOTAK DAN KHASIAT DARI POKOK PISANG /BAGAIMANA CARA / AMALAN MENGUBATI CARA TRADISIONAL


Boleh dikatakan Keseluruhan pokok pisang ada kegunaan NYA . Dari daun buah, jantung dan batangnya. Selain dari daunnya yang digunakan untuk membungkus nasi lemak, membalut nasi himpit, lontong, kueh muih danmacam-macam lagi lah. Buah dan jantung nya yang boleh dimakan dengan berbagai cara.

Tapi ada satu petua yang pelik tapi benar sekali

Ubat untuk rambut gugur atau kepala botak

Caranya, tebang sebatang pokok pisang sebarang jenis agak-agak separas pinggang. Buatkan lubang ditengah-tengah batang pisang yang tinggal. Kemudian esoknya pagi-pagi curahkan air segar yang sejuk kedalam lubang yang dikorek tadi. Tapi Biasanya air dari batang pisang akan bertakung dalam lubang itu, jadi tambahkan sedikit air sahaja sudah memadai.

Air itu diambil dan lumurkan pada keseluruhan kepala. Buat setiap pagi. Insyaallah Tidak lama kemudian rambut yang botak akan tumbuh seperti biasa.


Jantung pisang sedap dibuat ulam cecah sambal belacan atau sambal kicap. Selain dimasak lemak cili api dan sebagainya.

pokok pisang, khasiat buah pisang, khasiat pokok pisang, kelebihan pokok pisang

No comments: