"SALAM SELAMAT DATANG"

Saturday, September 26, 2009

Petua Daun kecubung Ubat sakit urat

Ubat sakit urat

Jika sakit pada punggung atau sakit urat
Ambil daun kecubung dan bubuhkan kapur sireh, tumbuk sampai halus, kemudian tampalkan ketempat yang sakit. Sangat mujarab. Cubalah.
Nota- kecubung ialah sejenis tumbuhan beracun, racunnya bersifat pelali. Mengikut kata datuk saya dikampung bijinya digunakan oleh orang jahat untuk memukau atau menghayalkan kan mangsa. Caranya... tak boleh bagi tau. Bahaya.
Pokok kecubung. Ada dua jenis. Kecubung Putih dan hitam. Warna hitam yang lebih baik. Buahnya berduri pendek. Hijau muda atau kehitaman. Bunganya berwarna putih bercampur sedikit unggu.

Sakit Pinggang
Ambil sebiji buah betik muda, potonglah agak banyak kesebelah pangkalnya sehingga menjadi dua bahagian, kemudian bubuhkan sebiji telur ayam kampung kedalam lubang pangkal betik tersebut, lalu disambungkan semula sehingga menjadi seperti bentuk asal, kemudian betik itu dibubuh dalam abu yang basih hidup baranya sehingga betik itu menjadi lembik dan telurnya masak.
Makan telur tersebut semingu sekali.

Atau ambil daun kecubung dan bawang merah, tumbuk sampai lumat dan bubuhkan kepinggang yang sakit. ( kesemua petua ni untuk kecemasan jika tak berkesempatan untuk berurut).

1 comment:

Olive Tree said...

Hi, it's a great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!